Monday 13 May 2013

Mengalah untuk apa?

Assalammualaikum and hello !

Kadang kala kita perlu mengalah untuk kebahagiaan seseorang kan. Tapi perlu ke kita buat pergorbanan sebegitu tetapi tak dihargai? Namun kita lupa, alpha dan leka dengan dunia sehingga kita sanggup buat pergorbanan untuk dunia tetapi bukan di akhirat yang kekal disana. Kebahagiaan itu mungkin bukanlah milik kita. Perlu ke kita berebut atau bergaduh untuk mandapatkan kebahagiaan tetapi bukanlah keredhaan illahi. 

Bila kita menangis kita akan teringat pada Allah S.W.T. Allah S.W.T sentiasa bersama dengan hambaNya ketika senang mahupun susah namun kita? kita hanya disisi Allah S.W.T apabila kita memerlukanNya. Kita perlu mengubah cara , perilaku kita.Ingatah ,jangansesekali mengalah untuk menegakkan agama Allah tetapi mengalah jika itu untuk kebahagiaan didunia. Kebanyakan daripada kita lebih mengejar keduniaan berbanding akhirat bukan? Percayalah apabila perkara yang kita buat tidaklah mendapat keredhaan illahi maka sia2 la perbuatan kita itu.

Duit, pangkat, harta. Siapa tak nak benda2 itu? Namun perkara itulah yang membuatkan kita bergaduh sesama manusia, sesama agama. Kenapa kita sebagai umat Islam tidak boleh bersatu padu. Kenapa kita lebih meletakkan dunia namun akhirat diketepikan. Aneh bukan? Saat kita bergaduh, berpecah belah. Akan ada manusia lain yang gelakkan kita. 

Sebagai umat Islam, kita perlulah bersatu padu. Bukan sekadar percakapan sahaja tetapi melalui perbuatan kita sendiri. Fikir2 la. Tepuk dada, tanya selera. Mengalah untuk perkara yang tak berapa betul mungkin lebih baik dari mengalah dalam menegakkan agama Allah.

Sekadar pendapat dari seorang pelajar .
Assalammualaikum & selamat malam :)