Monday 6 October 2014

Rezeki itu kan sebenarnya ...

Bismillahirrahmanirrahim..

Rezeki itu sebenarnyaa..

Adik, kawan2 rezeki itu sebenarnya ada kat mana2.

Bicara tentang rezeki belajar , nak focus untuk yang berjaya sambung belajar dengan yang decide untuk kerja.

Bila cakap tentang Berjaya sambung belajar tertiba ada orang cakap , 

”Kau boleh a, pandai sebab itu belajar sambung belajar”.

 Salah tu tanggapan adik. Itu sebenarnya rezeki dia.

Ada yang pandai tetapi tak nak sambung belajar, nak mula perniagaan.

Tapi adik kena ingat yang berjaya sambung belajar itu Alhamdulillah tetapi itu bukanlah jaminan yang dia akan lepas dengan mudahnya.

 Waktu belajar banyak hal2 yang diduga. 
“Kadang2 tak lepas, mampuih kena repeat”. Itu tandanya rezeki dia belum sampai.

Kalau adik sendiri tak dapat sambung  belajar, mungkin apa yang adik minta itu tak bersesuaian atau memudaratkan untuk adik sendiri sebab itu Allah halang”

Jangan MUDAH PATAH SEMANGAT
Kita kena sentiasa berfikiran positive.
____________________________________________

Katakanlah kalau yang berjaya graduate dengan adik yang memilih untuk berkerja.

Yang graduate buat loan, kena fikir bayar hutang belajar. Kalau dapat result bagus, loan boleh jd biasiswa. Lepas itu kalau dapat kerja, nak beli kereta dan rumah.

 Sama jugaklah kalau adik memilih untuk berkerja, simpan duit adik boleh beli rumah dan kereta.

Kalau adik suka berniaga, boleh buka perniagaan. Pergi kursus and dapat pinjaman untuk perniagaan. Contohnya , adik tak dapat sambung belajar dalam bidang fashion, adik boleh ambil kursus jahitan dekat Mara and boleh buka perniagaan dengan bantuan dari Mara.

"Sebenarnya rezeki kita luas sangat dik. Mungkin bukan belajar rezeki kita tapi mungkin dibahagian lain".

Sesungguhnya Allah Maha Perancang.


Yang Baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu cubalah kita perbaiki dari masa ke semasa.

Wallahu a'lam

Siapa yang tak pernah

SIAPA yang TAK PERNAH

silap?

salah?

jahat?

Dalam dunia ini tak ada yang terkecuali. Orang yang menaip ini pun banyak buat salah dan silap.
Kita tahu apa yang kita buat. Tapi..
kadang2 TAK senjaga.
kadang2 MEMANG niat kita nak buat.


Kita buat salah dan silap, TAPI Allah sering bagi kita peluang untuk bertaubat. Bila kita tidur, kita mungkin atau tidak terfikir, akan kembalikah aku bernafas?

Allah sayang akan hambaNYA.



Allah sentiasa membuka pintu taubatNYA.

 belum terlambat untuk kembali kepadaNYA.