Thursday 30 July 2015

Sis nak bagitahu ni

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama sangat sis tak update blog ini. berhabuk dah blog sis ni. Alhamdulillah sekarang ni sis tinggal tunggu convocation dengan result nak masuk ke degree. Tipu lah kalau sis cakap sis tak cuak ke apa. Sekarang ini pon sis buat part time dekat easy cafe. siapa tinggal kat tg.malim tak tahu easy cafe memang dia bukan orang sini. 

Adik2 belajar macamana? stress? letih? penat? geram? mengantuk? tak cukup tidur? banyak samgat assignment? ala dik, chill relax cool. Sis pon pernah rs semua tu. tipu la kalau sis tak rindu semua tu. tapi itulah pengalaman. Kita ni satu je. Kalau belajar biarlah kerana Allah. manfaatkan ilmu yg dituntut. #NoteToMyself . lepas tu beljar ini pon kena smart jugak jangan hard je. Terus rujuk pada orang2 yg berkenaan. Jangan malu utk bertanya dan berkawan. #SisPonPemalu. acewaahhh.

Paling penting disaat nak give up , adik2 fikir balik apa tujuan semula adik datang waktu hari first pendaftaran. Kenapa pilih course ini. Sis ramai kawan yg ambil course yg perlu duit yg banyak. kekadang kita give up bila lec reject apa yg kita buat , dah la tak tidur malam nak siapkan benda ini. fikir dari sudut positive dik. Lec bagi kita masa siapkan assignment ini tapi kekadang kita tangguhkan. As a result, low quality. Nak markah sedap2, tapi hasil kurang. Ala dik, sis pon pernah alami benda yg sama. Kita kena sado . *Tunjuk muscle*

Semestinya sis nak sambung belajar balik dengan rasa yg gementar didalam jiwa. *drama queen sangat*. Bila sis tanya senior , senior cakap 8 subject kena ambil. lapan dik oi. Banyak membaca. *kus semangat*. Takpe, kita sado. Kita ada Allah. Sis banyak gak tgok kekwan sis retweet pasal ramai senior yg tak sanggup nak sambung. lec sis pon cakap ramai budak2 ANC jatuh saat didegree.  aduhh. memang kus semangat jiwa raga. Tapi rezeki itu kan kat memana. kalau bukan belajar mungkin dekat pekerjaan. Ala, tgoklah tak semestinya tak sambung belajar , tak belajar tinggi2 tak boleh jd orang yg bguna. 

Paling penting Sis nak bagitahu ni marilah kita sesama berdoa agar dikuatkan semangat, tidak mudah jatuh apabila ditolak, akan bangun jika byak kali jatuhnya, dan dipermudahkan urusan dunia serta akhirat. Jangan risau, Allah kan ada. :)