Sunday 21 February 2016

Welcome to the UiTM Puncak Alam.

Assalammualaikum W.B.T ,

Kepada adik2, hakak2, habang2 serta junior sekalian,

Uyuuuuu. Selamat datang ke UiTM Puncak Alam.

Apa yang BEST dekat sini?

ENTAH ! ahahahahha.

1) Nak sado? Jangan risau, UiTM ada gym luar dan dalam yg mengasingkan lelaki dan perempuan,

- Lelaki boleh pergi cafe angsana, bahagian atas tu, ada tempat khas untuk korang sadokan badan.

- Perempuan boleh pergi cafe rafflesia , sama jugak dekat bhgian atas. Make sure masuk ikot pintu yg macam pintu exit tu.

              Bawak kad matrik, tuala kecil, bpakaian sukan dan waktu boleh baca dekat pintu bilik gym.

2) Nak berbasikal. Pon ada. Tempat yg sama bg lelaki dan perempuan

                Bawak Kad Matrik, pakai kasut sukan dan berpakaian seperti bersukan.

3) Ada tasik yg penuh sangat dengan ikan.
 
                Di belakang FSK , dekat dengan kawasan parking kereta utk pelajar. Boleh tgok signboard.

4) Makanan murah? Tengok jenis lauk jugak.

  - Standard harga untuk makanan panas RM5, makanan biasa range harga 4 - 5, tanpa air.
 
- Selalunya pkul 12 tgh hr, mkanan dah tinggal sikit kalau study week. Kalau hr biasa, tak permah makan kat kolej tapi ada pusat Satelit ( yg lalu tgga kjyaan tu) , pusat pelajar serta cafe hotel.

 -  kalau makan dekat pusat pelajar semuanya RM5 termasuk air manis. Nasik kerabu paling laris.

 - Kalau weekday kat kolej , sis selalu beli mkanan panas je. Kalau weekend, mohon turun seawalnya yg mungkin sbb cafe angsana selalu tutup, lalu pelajar kelaparan pon datang ke cafe rafflesia. pukul 10 dah ada makanan, pukul 12 selalunya tinggal sisa.
 
5) Kemudahan Bas atau Kereta Sewa untuk berhurhur ATAU untuk ke kelas

   - Kalau Nak Bas kena tengok dia untuk waktu perjalanan. Duduklah hangpa dekat bas stand tu, kekadang dia awal kekadng lambat.

  - Kalau MALAS nak turun/naik tangga kejayaan, maka boleh anda persiapkan kad touch n go, kad ic untuk topup bagi murah harga. jimat 20 sen. Even keluar dr uitm pon harga sama, kalau takde kad tu, kena charge RM3 per person.

Bas RapidKL ->

    U80 - no laluan 750, UiTM Seksyen 2, Pasar seni
    U90 - no laluan 753 , Hentian Bandar SA - UiTM Puncak Alam
    T600 - no laluan T715,UiTM Puncak Alam - Bandar Puncak Alam.    

- Kereta Sewa banyak, tapi kena call seawalnya yg mungkin, selalunya jumaat dah fully booked. Sorry sis tak simpan no kereta sewa.

6) Nak ber-barbeque?

- Isi borang untuk tempahan tempat. satu2 place dia adalah di rafflesia 4. Boleh pergi ke pejabat kolej untuk urusan yg lebih lanjut.


                                 Habis daaa cerita ! Nak dengar cite hantu takk?

Sis nak ingatkan diri sis serta uolls jugak ! Tolong jgan eksaited gelak tak hingat dunia. Kekadang kita tak tahu kan. Ada ke kes? Hmm. banyak angat. 

Kena rasuk lah, nmpak sweet candy lah, nampak anak ponti la. Memacam. Nak cite kang kome pulok terlebih takut, Banyakkan baca yassin, jangan tinggal al-quran kalau boleh.

Lagi kita stress, lagi dia suka dekat dgn kita. So kalau boleh elakkan dr jiwa kacau. lebihkan berzikir. dik, belajar mana yg tak stress, Sis ni tiap2 hari rambut gugur, dok lah kutip satu2 cucuk balik kat akar otak tuk nmpak ada rambut. *Joke ! Sis Tak Buat*


Lagi Sekali SELAMAT DATANG KE UITM PUNCAK ALAM

Kalau ada rezeki berjumpa, boleh lah berhi2 dengan sis. Okay itu je, zaijian. Assalammualaikum.






 


Wednesday 17 February 2016

Assalammualaikum W.B.T

Dah berhabuk dah blog ni. Hurhur. Sebenarnya sis nak cerita yg finally sis dah graduated in Diploma in Accountancy. Alhamdulillah konvo bulan Nov 2015 dan sekarang akan memasuki semester yg ke-5 (Bachelor in Accountancy) , result semester 4? “Alhamdulillah passed". Sis belanja pictures sis dan kekawan.

AC1101A-6A ( THE ACE)

My BestFriend in the Diploma Level. *Teka sis yg mana, tudung sis lain dr lain.

Perwakilan kelas AC1101A-6A

My Trio. Kawan berkatil, kawan bantal busuk, kawan pinjam baju, kawan pinjam semua bnd lah kbnyakkannya kami kongsi bersama.

     Cukup Spamming !

Sebenarnya update kali ini nak kongsi cerita serba sedikit ttg kehidupan di degree. “Payah peah oiiii !!”. Tak tipu ! Kalau dulu diploma ada jugak masa nk berhurhur, tapi dah start degree, mmg taklah peah oii.


Untuk adik2 yg akan memasuki alam degree :
           1)      Janganlah terkejut belajar. *Macam ada current shock je lesson planner tu.*
-          Cara kehidupan di matrik, form 6 serta diploma sangatlah berbeza. Kena pndai adapt dgn kawasan belajar.

           2)      Prepare awal2. *Tertiba lecturer syg lebih buat pop quiz pulak kan*
-          Bnd biasa yg sering kita elak adalah menyiapkan kerja/assignment pada awal waktu. Masya-Allah pemalasnya sis. Sis mengaku ! Jadi jgn jd cm sis. *serious talk*. Macam sis setiap semester kena ambil 8 subject , bermuntah lah nk menyiapkan assignment dgn test/quiz lg. So jgn procrastinate.

            3)      Jangan malu kalau nak menuntut ilmu.
-          Tak faham terus tanya lecturer. Sis punya perangai selagi tak faham tu, selagi tu lah hak tu je. Tak kalih p memana. So kalau dah korang dah rasa korang meng-annoying-kan lecturer tu, kau p pulak kat kawan kau yg lagi. Sebab tu kawan kena beribu.

            4)      Kena pandai simpan duit.
-          Belajar bnyak pakai duit. Lagi2 course dr asal dr FSPU, FSSR. Masya-Allah menangis lajunya air terjun tu melucur *tah betul bm sis ni* , macam tu jugak keluarnya duit kita.
Tak semua ada keluarga senang. Sis pon orang susah so kita kenalah bjimat. Sis tgok kawan sis beli makanan sekali je. Untuk ptg dan malam. So ada pjimatan kat stu.


Sis buntu nak tulis apa dah. AHARHARHAR. Lalu sis ingin mengundur diri, korang kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah tnya sis. Minta pandangan ke, nak luah kasih syg ke. Nak luah perasaan ke. Boleh je. Sekian, Assalammualaikum.