Assalammualaikum semua !
Pada hari yg penuh berbahagia ini ingin sya kongsikan cara-cara nak telan ubat. Kepada yg sedia maklum, muka saya ini memg muka p UK (Unit Kesihatan). Macam-macam lah ragam penyakit saya. Tak pela. *Dugaan kan . In Sha Allah, sedikit sebnyak kuranglah dosa saya. huhuhu.
Ok lah sebenarnya dari hari tu Doc tu nak kasi ubat antibotik & ubat tahan sakit tapi masalahnya ubat tu kena telan (pil). Memang saya pantang kalau ubat yg berbentuk pil. Bila nak makan je asyik termuntah. acmne tu ?
Tertiba hari ini doktor tu cakap, "Semua itu mindset awak je. Belajar Account lg susah dri makan ubat, jd cmne awak boleh bljar? Awak berusaha kan. Macam tu jugaklah dengan makan ubat. Awak dah besar pnjg kalau tak reti makan ubat payahlah. Nak saya buatkan tutorial khas utk awak?"
Lepas dah kena lecture dengan doc, dia pon tunjukkan cara-cara makan ubat dengan senangnya
Firstly, korang letak ubat (pil) letak kat hujung sekali ( nak sampai anak tekak uhh). N then, korang minum air terus telan. jgan minum tak terus telan akibatnya ubat tu memg takkan masuk kat tekak kita.
Alhamduillah. Kerana paksaan doc hari ini, saya mampu untuk telan ubat. So lepas ini tak ada lah saya nak mintak ubat cecair. Ubat pil pon bolehh. *Muka happy.
Baiklah, korang try lah cara-cara yg saya jelaskn tadi tu. Pastikan air tak berkumuh dalam mulut. Minum & terus telan. Cemgituu !
Sampai disini sahaja. Lama kan saya tak updated. Biasa lahh. #assignment + + +. bye2, Assalammualaikum & selamat m'cuba !
Friday, 28 June 2013
Monday, 13 May 2013
Mengalah untuk apa?
Assalammualaikum and hello !
Kadang kala kita perlu mengalah untuk kebahagiaan seseorang kan. Tapi perlu ke kita buat pergorbanan sebegitu tetapi tak dihargai? Namun kita lupa, alpha dan leka dengan dunia sehingga kita sanggup buat pergorbanan untuk dunia tetapi bukan di akhirat yang kekal disana. Kebahagiaan itu mungkin bukanlah milik kita. Perlu ke kita berebut atau bergaduh untuk mandapatkan kebahagiaan tetapi bukanlah keredhaan illahi.
Bila kita menangis kita akan teringat pada Allah S.W.T. Allah S.W.T sentiasa bersama dengan hambaNya ketika senang mahupun susah namun kita? kita hanya disisi Allah S.W.T apabila kita memerlukanNya. Kita perlu mengubah cara , perilaku kita.Ingatah ,jangansesekali mengalah untuk menegakkan agama Allah tetapi mengalah jika itu untuk kebahagiaan didunia. Kebanyakan daripada kita lebih mengejar keduniaan berbanding akhirat bukan? Percayalah apabila perkara yang kita buat tidaklah mendapat keredhaan illahi maka sia2 la perbuatan kita itu.
Duit, pangkat, harta. Siapa tak nak benda2 itu? Namun perkara itulah yang membuatkan kita bergaduh sesama manusia, sesama agama. Kenapa kita sebagai umat Islam tidak boleh bersatu padu. Kenapa kita lebih meletakkan dunia namun akhirat diketepikan. Aneh bukan? Saat kita bergaduh, berpecah belah. Akan ada manusia lain yang gelakkan kita.
Sebagai umat Islam, kita perlulah bersatu padu. Bukan sekadar percakapan sahaja tetapi melalui perbuatan kita sendiri. Fikir2 la. Tepuk dada, tanya selera. Mengalah untuk perkara yang tak berapa betul mungkin lebih baik dari mengalah dalam menegakkan agama Allah.
Sekadar pendapat dari seorang pelajar .
Assalammualaikum & selamat malam :)
Subscribe to:
Posts (Atom)