Sunday, 24 July 2016

District 21

Assalammualaikum W.B.T,

Kali ini nak update berkenaan District 21. KENAPA? because it is really recommended for those who have ACROPHOBIA

Sebab-sebab kena DATANG P MAI P TENGOK P USYA P MANA, P DISTRICT 21 :

1) Permainan yang terlampau best

2) Tak burn muka sbb indoor activities

3) Pass ticket bukan based on hours but for one day (masuk keluar masuk keluar smpai lah waktu tutup dia)

4) Staff yang friendly dan suka membantu

APA KENA BUAT SEBELUM P SANA, P MANA? , P DISTRICT 21 :

1) Call dulu untuk tahu semua permainan available ke tak?

2) Make sure waze jalan nak pergi situ. takut tak faham jalan sesat pulak macam kitaorang.

3) Make sure bawa baju lebih or tudung lebih sebab korang akan berpeluh so macam-macam ada.

4) Bawa bottle air yang besar gedabak, so korang boleh simpan air tu dekat locker, make sure pilih locker dalam so nanti mghilangkan dahaga pon boleh.

5) Rancang perjalanan anda, pilih weekdays or weekend but nak murah p weekdays lah. ticket boleh usya disini.



Hakak nak kasi belanja itu gambar lah. Agak tak semegah dan sewaktu dengannya.










Kawan-kawan pon seronok sebab melepaskan tension final examination. Itu saja dari saya wakil Ketua Program "Ke DISTRICT 21". See you next time. 

Sunday, 21 February 2016

Welcome to the UiTM Puncak Alam.

Assalammualaikum W.B.T ,

Kepada adik2, hakak2, habang2 serta junior sekalian,

Uyuuuuu. Selamat datang ke UiTM Puncak Alam.

Apa yang BEST dekat sini?

ENTAH ! ahahahahha.

1) Nak sado? Jangan risau, UiTM ada gym luar dan dalam yg mengasingkan lelaki dan perempuan,

- Lelaki boleh pergi cafe angsana, bahagian atas tu, ada tempat khas untuk korang sadokan badan.

- Perempuan boleh pergi cafe rafflesia , sama jugak dekat bhgian atas. Make sure masuk ikot pintu yg macam pintu exit tu.

              Bawak kad matrik, tuala kecil, bpakaian sukan dan waktu boleh baca dekat pintu bilik gym.

2) Nak berbasikal. Pon ada. Tempat yg sama bg lelaki dan perempuan

                Bawak Kad Matrik, pakai kasut sukan dan berpakaian seperti bersukan.

3) Ada tasik yg penuh sangat dengan ikan.
 
                Di belakang FSK , dekat dengan kawasan parking kereta utk pelajar. Boleh tgok signboard.

4) Makanan murah? Tengok jenis lauk jugak.

  - Standard harga untuk makanan panas RM5, makanan biasa range harga 4 - 5, tanpa air.
 
- Selalunya pkul 12 tgh hr, mkanan dah tinggal sikit kalau study week. Kalau hr biasa, tak permah makan kat kolej tapi ada pusat Satelit ( yg lalu tgga kjyaan tu) , pusat pelajar serta cafe hotel.

 -  kalau makan dekat pusat pelajar semuanya RM5 termasuk air manis. Nasik kerabu paling laris.

 - Kalau weekday kat kolej , sis selalu beli mkanan panas je. Kalau weekend, mohon turun seawalnya yg mungkin sbb cafe angsana selalu tutup, lalu pelajar kelaparan pon datang ke cafe rafflesia. pukul 10 dah ada makanan, pukul 12 selalunya tinggal sisa.
 
5) Kemudahan Bas atau Kereta Sewa untuk berhurhur ATAU untuk ke kelas

   - Kalau Nak Bas kena tengok dia untuk waktu perjalanan. Duduklah hangpa dekat bas stand tu, kekadang dia awal kekadng lambat.

  - Kalau MALAS nak turun/naik tangga kejayaan, maka boleh anda persiapkan kad touch n go, kad ic untuk topup bagi murah harga. jimat 20 sen. Even keluar dr uitm pon harga sama, kalau takde kad tu, kena charge RM3 per person.

Bas RapidKL ->

    U80 - no laluan 750, UiTM Seksyen 2, Pasar seni
    U90 - no laluan 753 , Hentian Bandar SA - UiTM Puncak Alam
    T600 - no laluan T715,UiTM Puncak Alam - Bandar Puncak Alam.    

- Kereta Sewa banyak, tapi kena call seawalnya yg mungkin, selalunya jumaat dah fully booked. Sorry sis tak simpan no kereta sewa.

6) Nak ber-barbeque?

- Isi borang untuk tempahan tempat. satu2 place dia adalah di rafflesia 4. Boleh pergi ke pejabat kolej untuk urusan yg lebih lanjut.


                                 Habis daaa cerita ! Nak dengar cite hantu takk?

Sis nak ingatkan diri sis serta uolls jugak ! Tolong jgan eksaited gelak tak hingat dunia. Kekadang kita tak tahu kan. Ada ke kes? Hmm. banyak angat. 

Kena rasuk lah, nmpak sweet candy lah, nampak anak ponti la. Memacam. Nak cite kang kome pulok terlebih takut, Banyakkan baca yassin, jangan tinggal al-quran kalau boleh.

Lagi kita stress, lagi dia suka dekat dgn kita. So kalau boleh elakkan dr jiwa kacau. lebihkan berzikir. dik, belajar mana yg tak stress, Sis ni tiap2 hari rambut gugur, dok lah kutip satu2 cucuk balik kat akar otak tuk nmpak ada rambut. *Joke ! Sis Tak Buat*


Lagi Sekali SELAMAT DATANG KE UITM PUNCAK ALAM

Kalau ada rezeki berjumpa, boleh lah berhi2 dengan sis. Okay itu je, zaijian. Assalammualaikum.