Bismillahirrahmanirrahim..
Rezeki itu sebenarnyaa..
Adik, kawan2 rezeki itu sebenarnya ada kat mana2.
Bicara tentang rezeki belajar , nak focus untuk yang berjaya sambung
belajar dengan yang decide untuk kerja.
Bila cakap tentang Berjaya sambung belajar tertiba ada orang
cakap ,
”Kau boleh a, pandai sebab itu belajar sambung belajar”.
Salah tu tanggapan
adik. Itu sebenarnya rezeki dia.
Ada yang pandai tetapi tak nak sambung belajar, nak mula
perniagaan.
Tapi adik kena ingat yang berjaya sambung belajar itu Alhamdulillah
tetapi itu bukanlah jaminan yang dia akan lepas dengan mudahnya.
Waktu belajar banyak
hal2 yang diduga.
“Kadang2 tak lepas, mampuih kena repeat”. Itu tandanya rezeki dia belum sampai.
“Kalau adik sendiri tak dapat sambung belajar, mungkin apa yang adik minta itu tak
bersesuaian atau memudaratkan untuk adik sendiri sebab itu Allah halang”.
Jangan MUDAH PATAH SEMANGAT
Kita
kena sentiasa berfikiran positive.
____________________________________________
Katakanlah kalau yang berjaya graduate dengan adik yang
memilih untuk berkerja.
Yang graduate buat loan, kena fikir bayar hutang belajar. Kalau dapat result bagus, loan boleh jd biasiswa. Lepas itu kalau dapat kerja, nak beli kereta dan rumah.
Sama jugaklah kalau adik memilih untuk
berkerja, simpan duit adik boleh beli rumah dan kereta.
Kalau adik suka berniaga, boleh buka perniagaan. Pergi
kursus and dapat pinjaman untuk perniagaan. Contohnya , adik tak dapat sambung
belajar dalam bidang fashion, adik boleh ambil kursus jahitan dekat Mara and boleh
buka perniagaan dengan bantuan dari Mara.
"Sebenarnya rezeki kita luas sangat dik. Mungkin bukan
belajar rezeki kita tapi mungkin dibahagian lain".
Sesungguhnya Allah Maha Perancang.
Yang Baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu cubalah
kita perbaiki dari masa ke semasa.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment